KEMBALI KE SASTERA TRADISI

[Tulisan ini turut disiarkan di ruangan Polemik Sastera, Berita Harian, 9 April 2016] Saya mengenali sastera ketika darjah empat. Ketika itu saya menggeledah rak buku ayah saya dan menemui Hikayat Panji Semerang. Hikayat tersebut menjadi titik mula kepada saya untuk terus menjadi peminum kopi di kafe sastera. Saya suka menghirup kopi pada setiap tengah malamContinue reading “KEMBALI KE SASTERA TRADISI”

Advertisement

SELAMAT HARI PUISI SEDUNIA: PERJALANAN RINGKAS SEORANG A. MUZIRU IDHAM DALAM DUNIA PUISI

Puisi merupakan langkah awal saya menceburkan diri dalam bidang kesusasteraan. Seingat saya, saya mula mengenali sastera ketika usia 10 tahun. Ketika itu saya menggeledah buku-buku ayah saya dan menemui Hikayat Panji Semerang. Saya tekuninya dengan penuh perhatian dan dalam diam-diam saya mulai berangan-angan untuk menuturkan pengucapan klasik menggunakan kata-kata arkaik yang disusun berbunga-bunga. Pada ketikaContinue reading “SELAMAT HARI PUISI SEDUNIA: PERJALANAN RINGKAS SEORANG A. MUZIRU IDHAM DALAM DUNIA PUISI”

SASTERA KRITIKAN MENUJU KE KUBURAN

(Tulisan ini turut disiarkan di Berita Harian,  10 Oktober 2015) Serius. Jika ditanyakan kepada saya tentang sastera kritikan yang berteori, saya hanya mampu melihat semua teori itu adalah sebuah api yang hanya bertujuan menghanguskan karya-karya sastera dan melenyapkannya terus dari muka bumi. Teori-teori itu tidak lebih umpama seorang Hitler yang datang kepada setiap penulis untukContinue reading “SASTERA KRITIKAN MENUJU KE KUBURAN”

SIAPA YANG SEBENARNYA MEMANDULKAN SASTERA?

(Tulisan ini turut disiarkan di Berita Harian, 19 Disember 2015) Saya memulakan tulisan saya dengan suatu persoalan: Siapa yang sebenarnya memandulkan sastera? Persoalan ini sangat penting untuk ditanya kerana sangat pelik untuk kita mengatakan kepada mana-mana golongan penulis itu adalah punca kepada kemandulan dunia sastera dan tuduhan ini adalah sesuatu perkara yang perlu diberi asasContinue reading “SIAPA YANG SEBENARNYA MEMANDULKAN SASTERA?”

MEMBAKAR JUBAH AKADEMIK, MENULIS ESEI KREATIF

Menulis esei seperti seorang pejalan kaki yang tidak sekadar berjalan kaki, tetapi dia sedang berjalan sambil membaca buku. Dan bukunya yang dibaca pula adalah sebuah buku yang berkisar tentang kematian. Pejalan kaki itu sedang berada di sebuah persimpangan – antara berfikir soal kematian atau terus berfikir bagaimana untuk tidak mahu tersepak batu di jalanan. KeputusannyaContinue reading “MEMBAKAR JUBAH AKADEMIK, MENULIS ESEI KREATIF”