TIPS UNTUK PELAJAR PENGAJIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

Semenjak bermulanya semester untuk pelajar-pelajar ijazah sarjana muda ini, agak ramai juga yang menghantar mesej peribadi ke FB saya bertanyakan tentang bidang pengajian Hubungan Antarabangsa (IR). Secara jujurnya, saya sendiri bukanlah seseorang yang betul-betul mahir dalam bidang ini untuk memberi nasihat. Jadi, sekadar sedikit pengalaman yang saya ada dalam mendalami bidang ini, saya titipkan sedikitContinue reading “TIPS UNTUK PELAJAR PENGAJIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA”

Advertisement

AGAMA ITU HARUS BEBAS

1) Pada 2 Mac 2019, saya menghadiri tayangan dokumentari Rahmat Buat Semua yang digerakkan oleh komuniti Malaysia Muda di Gerak Budaya. Projek ini merupakan suatu usaha yang baik daripada mereka dalam menjelaskan konsep Islam sebagai “rahmatan lil ‘alamin” kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan terdiri daripada masyarakat muslim dan non-muslim ini. 2) Dengan naratifContinue reading “AGAMA ITU HARUS BEBAS”

APAKAH BIDANG SAINS SOSIAL HANYA BERGELUMANG DENGAN DUNIA TEORI?

Apakah bidang sains sosial hanya bergelumang dengan dunia teori? Jawapannya, ya dan tidak. YA. Sebab sains sosial penuh dengan teori. Ada orang yang masuk ke dalam bidang sains sosial hanya fokus kepada teori semata-mata. Bidang sosial adalah bidang yang mencerap tingkah laku kemasyarakatan, maka teori-teori akan membahaskan sebab dan akibat masyarakat berperilaku sedemikian. Kelihatannya mudahContinue reading “APAKAH BIDANG SAINS SOSIAL HANYA BERGELUMANG DENGAN DUNIA TEORI?”

ULASAN PASCA FORUM MENGENAI ISU ICERD

Pada 17 Januari 2019, saya diberi peluang untuk sepentas dengan Prof. Madya Dr. Shamrahayu bagi membincangkan sebuah isu yang kontroversial, iaitu ICERD: Malaysia Di Mata Dunia. Sepanjang saya menjadi panelis bagi mana-mana forum, ini adalah sebuah forum yang paling menarik untuk saya kerana ianya telah menjadi forum yang diwacanakan secara ilmiah dan kritis, dan forumContinue reading “ULASAN PASCA FORUM MENGENAI ISU ICERD”

RELEVANKAH LAGI TULISAN JAWI?

Saya mempunyai suatu pandangan yang tidak popular mengenai tulisan jawi, iaitu: Tulisan jawi tidak perlu dikekalkan. Kelangsungan bangsa Melayu tidak bergantungan pada tulisan Jawi. Sabar dahulu sebelum mengulas. Izinkan saya menyampaikan hujah. Begini. Bahasa merupakan sesuatu yang wujud sebagai sebuah alat komunikasi yang bersistem dan berstruktur. Walaupun tulisan adalah sebahagian daripada bahasa itu sendiri, namunContinue reading “RELEVANKAH LAGI TULISAN JAWI?”

MENYELAK NOKTURNA DAN GAUN BULAN: ADA BULAN YANG BERKACA DI ANTARANYA

  ‚ÄúPihak penganjur meletakkan matlamat yang berbeza daripada sayembara puisi yang biasa diadakan. Format konvensional yang menilai estetika dan kekuatan puisi berasas diksi, sintaksis dan kekuatan mesej serta pemikiran tetap diambil sebagai perkiraan. Namun keutamaan diberikan kepada manuskrip yang dapat menampilkan kelainan, keunikan yang mewakili zaman bahkan mencabar konvensi dan estetika yang biasa dipegang olehContinue reading “MENYELAK NOKTURNA DAN GAUN BULAN: ADA BULAN YANG BERKACA DI ANTARANYA”

NOTA BUAT PELAJAR UNIMAS SESI 2016/2017

1) Salam sejahtera dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru yang telah memasuki Universiti Malaysia Sarawak Sesi 2016/2017. Ini nota daripada seorang mantan mahasiswa daripada universiti yang sama, yang telah bergraduasi pada November tahun lalu dalam bidang Hubungan Antarabangsa. 2) Tujuan nota ini ditulis tidak sekadar untuk melahirkan aspirasi kegembiraan saya kepada kalian yang berjaya menjejakkanContinue reading “NOTA BUAT PELAJAR UNIMAS SESI 2016/2017”

SURAT DARIPADA DALAI LAMA

[Terjemahan bebas saya daripada surat Dalai Lama dalam buku Letters From Leader, susunan Henry O. Dormann (2009)] Suatu persoalan besar yang mendasari pengalaman kita, sama ada kita memikirkannya secara secara sedar atau tidak: Apakah tujuan hidup? Saya percaya bahawa tujuan hidup ialah untuk berbahagia. Daripada saat-saat dilahirkan, setiap manusia mahukan kebahagiaan dan tidak mahukan kesusahan.Continue reading “SURAT DARIPADA DALAI LAMA”

PANDANGAN TERAKHIR TENTANG POLEMIK SASTERA & INDIE

Baru-baru ini ada rakan bertanyakan kepada saya mengenai sastera indie kerana dia bakal menjadi panelis bagi sebuah forum. Dia meminta mana-mana artikel saya yang berkaitan topik untuk dijadikan rujukan. Saya katakan kepadanya bahawa saya tidak pernah menulis apa-apa artikel berkenaan pandangan saya tentang apa yang dikatakan sebagai sastera indie. Sengaja saya tidak mahu menulis mengenainyaContinue reading “PANDANGAN TERAKHIR TENTANG POLEMIK SASTERA & INDIE”

KEMBALI KE SASTERA TRADISI

[Tulisan ini turut disiarkan di ruangan Polemik Sastera, Berita Harian, 9 April 2016] Saya mengenali sastera ketika darjah empat. Ketika itu saya menggeledah rak buku ayah saya dan menemui Hikayat Panji Semerang. Hikayat tersebut menjadi titik mula kepada saya untuk terus menjadi peminum kopi di kafe sastera. Saya suka menghirup kopi pada setiap tengah malamContinue reading “KEMBALI KE SASTERA TRADISI”