Apakah Yang Islam Nyatakan Tentang Golongan Homoseksual? [Terjemahan]

Mustafa Akyol
Mustafa Akyol

Oleh: Mustafa Akyol  | Terjemahan: Ahmad Muziru Idham Adnan

Pada 29 Jun, Perarakan Kebanggaan Gay Turki yang Ke-12 (Turkey’s 12th Gay Pride Parade) telah diadakan di Istanbul yang memenuhi Jalan Istiklal. Ribuan manusia berarak dengan kegembiraan sambil membawa bendera pelangi sehingga pihak polis menyuraikan mereka dengan meriam air. Pihak berkuasa, seperti yang telah menjadi kebiasaan mereka sejak peristiwa protes di Taman Gezi pada Jun 2013, sekali lagi memutuskan untuk tidak membenarkan berlakunya demonstrasi oleh golongan sekular Turki yang tidak sesuai dengan visi masyarakat ideal menurut mereka itu.

Banyak berita yang lebih merisaukan datang pada seminggu kemudian apabila poster-poster diletakkan di Ankara dengan sebuah arahan yang menakutkan: “Jika kamu melihat “Manusia-Manusia Lut” melakukan kerja-kerja kotornya, bunuhlah pelakunya dan apa yang dilakukan!” “Manusia-Manusia Lut” merupakan sebuah rujukan keagamaan yang merujuk kepada golongan homoseksual[i], dan arahan untuk membunuh mereka apabila dilihat adalah mengatasnamakan kepada Nabi Muhammad. Kumpulan-kumpulan yang menampal poster tersebut, kononnya Pembela Pemuda Islam, mempertahankan mesej mereka itu dengan menegaskan: “Apa? Adakah kamu ingin melawan kata-kata Nabi?!”

Kesemuanya ini menunjukkan bahawa kedua-dua Turki dan dunia muslim perlu melibatkan diri dalam pertimbangan diri yang mendalam apabila ianya melibatkan toleransi kepada rakan senegara mereka yang homoseksual.

Sudah tentu sikap ketiadaan toleransi sebegini tidak sekadar eksklusif terhadap orang-orang Turki dan orang-orang Islam sahaja. Menurut Persatuan Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa, Turki menyumbang tentang langkah-langkah hak homoseksual yang lebih baik apabila dibandingkan dengan negara-negara majoriti Kristian yang berdekatan seperti Rusia, Armenia dan Ukraine. Sememangnya, undang-undang sekular Turki tidak menghukum orientasi seksual, dan beberapa orang yang menjadi simbol LGBT telah lama menjadi popular sebagai artis, penyanyi ataupun pereka fesyen. Di antara mereka terdapat dua orang penghibur Turki yang paling popular pada setengah abad yang lalu, iaitu mendiang Zeki Muren merupakan personaliti gay dan penyanyi Bulent Ersoy terkenal sebagai transeksual. Keanehan mereka tersebut telah meningkatkan populariti diri mereka sendiri.

Tetapi, di luar daripada industri hiburan, pandangan Islamik tradisional perdana terhadap homokseksualiti telah mewujudkan sikap ketiadaan toleransi di Turki terhadap golongan homoseksual dan menimbulkan masalah yang berat di negara-negara muslim yang mengamalkan perundangan syariah. Di Arab Saudi, Iran, Sudan atau Afghanistan, homoseksualiti adalah sebuah kesalahan serius yang boleh menyebabkan dipenjara, dikenakan hukuman fizikal ataupun hukuman mati. Sementara itu, ISIS melaksanakan interpretasi syariah yang paling melampau iaitu membuang pelaku homoseksual tersebut daripada bumbung bangunan.

Di tengah-tengah pandangan Islamis mengenai homoseksualiti terletak cerita daripada Alkitab mengenai Sodom dan Gomorah[ii] yang turut diriwayatkan di dalam Al-Quran. Menurut daripada kitab suci tersebut, Nabi Lut telah memberi amaran kepada kaumnya tentang perbuatan yang tidak bermoral, untuk sikap mereka yang bernafsu sesama lelaki berbanding terhadap perempuan. Sebagai balasannya, mereka memberi amaran kepada Nabi Lut untuk menghalaunya keluar daripada kota tersebut, dan melakukan cubaan untuk memperkosa malaikat yang datang menemui Nabi Lut dengan jelmaan lelaki. Akibatnya, Tuhan memusnahkan kaum Nabi Lut dengan bencana alam yang amat besar untuk menyelamatkan Nabi Lut dan beberapa orang pengikutnya.

Purata muslim konservatif mengambil kisah ini sebagai justifikasi untuk mencela golongan homoseksual, tetapi ianya terdapat sebuah persoalan penting yang memerlukan pertimbangan: Adakah kaum Nabi Lut menerima hukuman Tuhan disebabkan mereka menjadi homoseksual, atau disebabkan oleh mereka menyerang Nabi Lut dan tetamu-tetamu malaikatnya itu?

Nuansa yang lebih penting ialah sementara Al-Quran menceritakan hukuman Tuhan ini kepada Sodom dan Gomorrah, tiada dinyatakan hukuman duniawi di dalamnya untuk golongan homoseksual – tidak seperti mana yang termaktub di dalam Perjanjian Lama, yang dengan jelas menyatakan “hendaklah dikenakan hukuman mati” terhadap pelaku homoseksual.

Pemikir Islam zaman pertengahan menyimpulkan bahawa azab seksa duniawi dikenakan terhadap mereka dengan mempertimbangkan homoseksualiti sebagai suatu bentuk perzinaan. Tetapi nama-nama besar di antara mereka, seperti ulama abad kelapan iaitu Abu Hanifah yang mengasaskan mazhab Hanafi, berpendapat bahawa oleh kerana hubungan homoseksual tidak menghasilkan keturunan yang tidak berbapa, ianya tidak boleh dianggap sebagai perzinaan.

Asas-asas sebenar daripada Islam dalam menghukum golongan homoseksual adalah daripada hadis, atau kata-kata, yang disandarkan daripada Nabi Muhammad SAW. (Ianya sama dengan hukuman bagi murtad, bidaah, tidak beriman, atau “penghinaan”  kepada Islam: Tiada daripadanya datang daripada Quran; semuanya datang daripada hadis tertentu). Tetapi hadis-hadis telah ditulis lebih kurang 200 tahun selepas Nabi wafat, dan kesahihannya telah berulang kali dipersoalkan pada awal abad kesembilan oleh Imam An-Nasa’i – dan mereka boleh dipersoalkan semula pada hari ini. Tambahan pula, sebenarnya tiada rekod bahawa Nabi menghukum sesiapa yang disebabkan oleh homoseksualiti.

Fakta-fakta perundangan mungkin membantu umat Islam pada hari ini untuk membangunkan sikap toleransi terhadap golongan homeksual, sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pemikir Islam progresif seperti Ihsan Eliacik yang menggalakkan. Apa yang dikecam dalam kisah Nabi Lut bukanlah berkaitan dengan orientasi seksual menurut Eliacik, tetapi adalah berkaitan dengan keganasan seksual. Menurutnya, kehidupan peribadi seseorang itu adalah berkaitan dengan urusannya sendiri, sedangkan pendirian masyarakat Islam sepatutnya mempertahankan golongan homoseksual apabila mereka dianaiya atau didiskriminasi – kerana Islam berada bersama-sama dengan golongan tertindas!

Ianya juga sesuatu yang bernilai untuk direnungkan kembali bahawa pada Khilafah Uthmaniyyah yang memerintah dunia umat Islam Sunni selama berabad-abad yang lampau, di mana kerajaan Turki pada waktu sekarang mendakwa sedang mencontohinya, adalah lebih berfikiran terbuka mengenai isu ini. Sememangnya, Empayar Turki Uthmaniyyah mempunyai sastera mengenai percintaan homoseksual yang luas dan menerima kategori masyarakat yang mempunyai karakter bertentangan jantina. Pemerintah-pemerintah pada era Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan adalah lebih bersifat liberal sosial berbanding dengan Islamis Turki kontemporari, apatah lagi di dunia Arab.

Walaupun dengan hujah-hujah tersebut, namun majoriti umat Islam mungkin terus melihat homoseksualiti adalah sesuatu yang berdosa, jika petunjuknya dibawa oleh undian pandangan awam. Namun orang-orang Islam yang berkeras mahu mengecam golongan homoseksual perlu mengingat kembali bahawa menurut Islam, terdapat banyak lagi dosa-dosa termasuk keangkuhan, di mana al-Quran mengancamnya sebagai antara pelanggaran moral yang amat serius. Kepada orang-orang Turki dan orang-orang Islam yang lain, sepatutnya kita melepaskan diri daripada dosa keangkuhan bagi menghentikan pencelaan kepada orang lain untuk sikap mereka dan sebaliknya memberi tumpuan kepada pembaikian diri kita sendiri.

Mustafa Akyol merupakan penulis buku “Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty”.

__________________________

Nota Akhir:

[i] Penterjemah sengaja menafsirkan perkataan ‘Gay’ daripada artikel asal yang lebih membawa maksud spesifik kepada perkataan ‘Homoseksual’ yang membawa maksud umum. Hal ini demikian kerana persoalan-persoalan yang dibawa dalam artikel tersebut sesuai untuk merujuk kepada golongan homoseksual dan tidak terbatas kepada golongan gay sahaja. Jadi, penterjemah menafsirkan kepada perkataan ‘Homoseksual’ agar dapat membawa makna yang lebih umum untuk golongan tersebut supaya maksud yang ingin disampaikan daripada artikel ini akan menjadi lebih adil.

[ii] Sodom dan Gomoroh adalah dua buah kota yang diceritakan di dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament) yang dimusnahkan oleh Allah disebabkan dosa-dosa penduduknya pada waktu itu yang merupakan kaum Nabi Lut. Dalam kitab Kejadian dinyatakan bahawa, “And Lot lifted up his eyes, and beheld all the plain of Jordan, that it [was] well watered every where, before the LORD destroyed Sodom and Gomorrah, [even] as the garden of the LORD, like the land of Egypt, as thou comest unto Zoar.” (Kejadian 13:10, King James Version). Dalam Al-Quran kisah tentang kaum Nabi Lut ini dinyatakan dengan jelas dalam banyak surah tanpa menyebut nama tempat kaum tersebut secara spesifik. Antaranya surah Asy-Syu’ara, An-Naml, Hud dan beberapa buah surah lagi.

Sumber: Artikel Mustafa Akyol di The New York Times yang bertajuk What Does Islam Say About Being Gay?

Advertisement

Published by A. Muziru Idham

Seorang mahasiswa lepasan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang Pengajian Antarabangsa. Sedang melanjutkan pengajian dalam sarjana Analisis Strategi & Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berminat dalam perbincangan dan pembacaan tentang sastera, hubungan antarabangsa, hak asasi manusia, gerakan sivil, politik Timur Tengah, agama, dan falsafah, tetapi sangat malas hendak mengulas tentang politik tempatan. Sebarang urusan dengan saya boleh diemelkan kepada: amuziruidham@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: